Tuesday, October 16, 2012

Christina Perry Live in KL


 Khamis 7 Jun 2012

Christina Perri yg popular dengan lagu "Jar Of Heart" dan juga A Thousand Years datang ke Malaysia utk buat persembahan di KL LIVE malam ni. Lepas kerja Adi terus bergegas untuk menyaksikan persembahan showcasenya .

Ramai rupanya peminat Christina Perri ni..maklumlah lagu A Thousand Years merupakan lagu dalam soundtrack  filem The Twillight Saga: The Breaking Dawn. So more lagu dia popular kat Malaysia sebab ada satu pasangan iaitu "Timothy dan Shorty" daripada Nuffnang telah menggunakan lagu tersebut utk jadi lagu latar semasa Timothy melamar Shorty. 



Dalam konsert ini suara Christina Perri memang sedap dan dia pandai berinteraksi dengan peminat dia...terutama sekali bila lagu Jar Of Heart dan juga A Thousand Years di mainkan...memang rasa meremang la...hahaha...So layan la gambar gambar kat bawah ni..yer...











Team futsal ERA.fm kembali beraksi..:)



Ahad 24 Jun 2012

Hari ni team futsal ERA mendapat jemputan untuk beraksi dalam pertandingan futsal sebuah syarikat pembinaan. kawan Adi yang menjemput team Adi ni sebab dia bekerja kat situ. Kalau ikutkan team futsal ERA ni takde pun buat persiapan utk perlawanan ini sebab terlalu sibuk. Malah team futsal ERA ni yang terdiri drpd ahli ahli Skuad ERA baru jer sampai dari Penang pagi ni sebab awal pagi tadi ada perlawanan EURO2012 di sana dan mereka terpaksa cover event tu.

Team Futsal ERA.fm.

Lepas habis event EURO tu, dorang terus balik ke KL dan terus menuju ke padang futsal kat Ampang ni. Kesian pulak kat dorang ni, tak smepat rest la pulak. Tapi nasib baik dorang yang nak main sangat...hahaha...kemaruk futsal la,

Kalah pun dapat hadiah....best ni...hehehe

peringkat kumpulan team kami masih ok lagi..malah menang besar 9-0 lagi..haha...tapi bila masuk peringkat separuh akhir, team kami dah "masuk air" dah...budak budak Skuad ERA dah kepenatan...kesian dorang, jadi terpaksalah "memenangkan" pihak lawan...hahaha.

Peringkat kumpulan memangla power team kami...tapi lepas tu...hehehe 

Seronok gak sekali sekala lepak dengan bebudak Skuad ERA dan bermain futsal...so kalau ada sesiapa yang nak lawan kami..sediakan lah gelanggang dan kami boleh datang dan bermain dgn team korang ok..hahaha...