Monday, September 17, 2012

Suara Adifashla dalam THE SMURFS versi Bahasa Malaysia

Me with Lisa Surihani dan Yusri KRU

 SELASA 5 Jun 2012

Bulan lepas Adi dapat tawaran daripada wakil HBO untuk menggunakan suara Adi dalam filem Animasi THE SMURFS. Adi memegang watak sebagai Handy Smurf (Smurf yang rajin bertukang dan membina ). Selain Adi , pelakon pelakon utama The Smurfs yang lain ialah Aznil Hj Nawawi (Gargamel); Yusri KRU (Brainy Smurf); Lisa Surihani (Smurfette); Hafiz AF (Clumsy Smurf0; Hafizuddin Fadzil (Papa Smurf)  dan ramai lagi. Dalam The Smurfs ini juga ada menampilkan beberapa orang wartawan , bloggers dan juga rakan penyampai ERA.fm yang laian iaitu Ray dan Haniff yang turut meminjamkan suara mereka. 


Tayangan untuk filem The Smurf ini adalah pada hari AHAD 19 Ogos jam 8mlm bersamaan dengan hari raya pertama ler...
Adi bersama Elfira Loy (Odile)

Suara untuk watak Handy Smurf ni taklah banyak sangat digunakan dalam filem ini, jadi semasa sesi rakaman memasukkan suara tu , tugas Adi berjaya diselesaikan dalam jangka masa yang singkat jer. lagi pun sebelum ni Adi sudah beberapa kali membuat tugasan alih suara ni termasuklah untuk filem "CAMP ROCK". Lebih kurang macam nak buat rakaman komersil di radio juga, cuma kali ni ada gambar dan kena ikut pergerakkan mulut karakter filem tersebut. 


Adi bersama  watak utama Abg Fish (Papa Smurf)

Harap korang terhibur la  bila menyaksikan THE SMURFS kelak ok..:) Terima kasih kepada HBO yang mengajak Adi untuk turut serta dalam projek ini. :)


Adi bersama krew krew ketika sesi rakaman suara The Smurfs.

No comments: