Monday, December 26, 2011

Meraikan kerjayaan Skuad Harimau Muda

Pic dr kiri:  Asraruddin, Gurusamy, Baddrol, me, Fakri, Muslim dan Irfan


SELASA 6 DEC 2011


Adi telah di jemput oelh pihak NIKE Malaysia untuk jadi pengacara di majlis beramah mesra bersama pemain pemain bolasepak Harimau Muda yang telah memenangi pingat emas Sukan SEA yang lalu. 




Oic: Fakri , Irfan dengan Muslim melepak belakang pentas selepas majlis habis..Muslim sempat shopping lagi. haha

Antara yang hadir pada petang ini adalah  K.Gurusamy, Asrarruddin Omar, Irfan Fazail, Muslim Ahmad, Fakri Saarani, Nazmi Faiz adanjuga kapetn Harimau Muda iaitu Baddrol Bakhtiar . 




Acara ni berlangsung kat kedai sukan Al- Ikhsan di Festival Mall  di Setapak KL . Acara bermula jam 12 tgh hari dengan ketibaan para pemain pemain tersebut. 




Banyak soalan yang Adi tanyakan berkenaan dengan pengalaman mereka di Sukan Sea Jakarta, bagaimana mereka terpaksa menghadapi provokasi penyokong Indonesia dan juga perlawanan yang mereka hadapi di sana dan juga disebalik tabir yang berlaku.


Pic: Pingat emas yang dimenangi....hmmm mcm mainan pulak..hehehe

Antara yang menarik ialah Baddrol menceritakan bahawa dia sememangnya agak takut melihat provokasi penyokong penyokong Indonesia, samapai bas yang mereka naiki di goyang goyangkan oleh penyokong Indonesia... dan juga pengalaman menaiki Barracuda (Kereta Perisai) . Gurusamy pulak dia ada tabiat yang pelik, sebelum masuk padang dia akan dengar lagu dan menari...hehehe...Muslim Ahmad pulak suka makan spageti sebelum perlawanan....yeahh....


Antara yang menjadi tumpuan hari ni ialah pemain muda berusia 17thn , Nazmi Faiz. Orang nya pemalu tetapi Adi gelarkan dia sebagai "Samir Nasri Malaysia"..hehehe....gaya permainan dia hampir sama...:) Ada potensi pemain muda ni..


Pic: Pakaian milik Gurusamy 


Selepas sesi soal jawab , turut diadakan sesi tandatangan bersama peminat yang hadir pada hari ini...mereka yang datang ini adalah hasil jemputan pihak NIKE Malaysia sendiri. 


Pic: Kit kit milik Baddrol Bakhtiar yang dipakaidi Final Bolasepak Sukan Sea

Turut dipamerkan di majlis hari ini ialah kit kit yang digunakan oleh Gurusamy, Muslim Ahmad dan juga Baddrol Bakhtiar. Ini adaah pakaian pakaian yang mereka pakai semasa Sukan SEA berlangsung.





Pic: Kasut bola dan bola yang disepak ketika penalti terakhir yang diambil oleh Baddrol Bakhtiar yg membolehkan Malaysia menang pingat emas Sukan SEA.

1 comment:

Rasyidah said...

Nak kotak kaca tu boleh? yg Baddrol Bakhtiar punye lah!:D