Friday, November 25, 2011

Perlancaran Scoxx

Pic: Keratan The Star

AHAD 13 NOV 2011

Adi telah dijemput oleh kawan Adi ni iaitu Jay Menon (bekas penyampai radio dan kini pengacara tv sukan Astro) Dia telah membuka sebuah laman web yang khusus untuk golongan yang meminati sukan...ala - ala seperti FB untuk orang yang nak bersukan la....nama websitenya ialah SCOXX.com


Perlancaran website ini telah berlangsung di Arena Lee Chong Wei di Jalan Klang Lama. Ramai juga selebriti yang datang memberikan sokongan seperti pengacara pengacara sukan dari Astro, Ada Peter Barnes (bekas pemain MU, MCity, etc) Burn ,Adam C, Roshan, Miss Universe Malaysia dan ramai lagi la...

Pic: Me and Burn!!

Lama tak jumpa Burn, bila jumpa dia mesti kecoh kitarang dibuatnya..hahaha..Burn baru pulang dari UK katanya bercuti ke sana untuk kali kedua dalam tahun ni...perghh masyuk giler mamat tu!!

Pic: Laman web Scoxx.com

Korang yang suka bersukan, kadang kadang tak tahu siapa yang nak diajak, dan juga mungkin tak tahu kat mana nak bersukan...kat dalam Scoxx ini boleh membantu korang. Cthnya kalau Adi nak berenang...Adi boleh cari lokasi berenang yang ada dan info info berkenaan dengan tempat itu....kita juga boleh ajak kawan kawan yang mempunyai minat sukan yang sama...:) So lagi seronok lah nak bersukan....korang lawat sendiri la laman Scoxx.com ni...

Pic: Bersama Peter Barnes

Adi dah jadi ahli....Adi pilih sukan badminton , bolasepak, futsal, volleyball dan juga renang...hehehe...so kalau sesiapa nak ajak Adi ...di persilakan la..hehehe

Pic: jay Menon sedang memberikan penerangan berkenaan Scoxx.com

Selain daripada perlancaran portal ni ...kami juga bermain futsal untuk suka suka jer..haha..perghh menariklah dapat peluang bermain futsal menentang Peter Barnes. Walaupun dia sudah berusia , namun dia masih ada skill dan permainan yang hebat..cuma stamina jer la dia takde....but masih mengagumkan untuk atlit yang berusia sepertinya....Paling tak best, team Adi dapat kedudukan terakhir sekali...cettt!!!

Pic: Miss Universe Malaysia...

Jadi jangan lupa daftar di Scoxx.com ok!! Mari kita bersukan!!

1 comment:

sue perbs.. said...

wah.. bgus2.. senang nanti nak cari kawan bersukan