Saturday, November 26, 2011

Maya Karin dan Lisa Surihani di Studio Era.


Jumaat 25 November 2011

Ahhh bukan selalu dapat ditemani oleh 2 orang jelitawan sekaligus...tanpa di gangu oleh mana mana pihak pulak tu..hahaha..malam ni Adi bertugas dan berpeluang menemuramah pelakon pelakon filem Ombak Rindu....Maya Karin dan juga Lisa Surihani...korang dah tengok belum filem Ombak Rindu ni?

Sebetulnya 2 hari lepas Adi berpeluang menjadi emcee untuk majlis pratonton media di GSC Midvalley dan dapatlah menonton filem Ombak Rindu ini....wowwww!!! Sebuah filem Melayu yang boleh dikatakan hebat juga persembahannya....sejujurnya Adi bukanlah seorang yang suka tgok filem filem atau drama drama leleh ni....tapi Ombak Rindu memang filem yang bukan sebarang filem leleh...leleh dia ada power!!! errrr...sediakan tisu kalau nak menonton filem ni yer....hahahaha..

Maya karin memang superb! Dengar citer masa sesi penggambaran filem ni, Maya di katakan amat stress kerana membawakan watak ni, sehingga dibawanya keluar set penggambaran untuk mengekalkan mood sebagai gadis yang rasa "down"selalu dalam filem ni....sampai si Bront Palrae yang turut berlakon dalam filem ni berkata, dia sangat takut nak bergurau dengan Maya di luar set penggambaran ini sebab katanya Maya memang menjadi Izah di luar set juga....



Lisa Surihani pulak yang menjadi Mila ...memang lain dari yang lain, dia memegang watak sebagai Diva filem...kasar dan menjengkelkan dalam filem ni...syabas lah Lisa yer...asyik pegang watak kiut kiut jer selalu...kali ni kasi brutal sikit! Syabas kepada Osman Ali yang menjadikan filem ini cantik sekali!!!

Pic: Lisa Surihani dan Maya Karin.

2 comments:

sue perbs.. said...

masih tak berkesempatan nak tengok lagi

Edzlin said...

dah tgk, mmg best juga :)