Monday, September 19, 2011

Hari kedua Riuh Raya Erathon .....minggu pertama


Pic: Me, Reza and Dina pose gedik sebelum memulakan RRE..hehe

AHAD 4 SEPT 2011

Hari yang kedua minggu pertama untuk Riuh Raya Erathon, pukul 6pagi kami dah sarapan untuk bergerak ke rumah seterusnya . Yup...masih bersemangat walau pun badan agak keletihan sebab semalam sampai kat hotel pun dah tgh malam....so pagi ni kami ingin enjoy lagi trip ini.

Pic: Kuala Kangsar wei....

Hari ni Adi pakai baju casual jer...panas lah pakai baju melayu...cuaca lak agak terik..hahhaa.utk mengelakkan daripada cepat letih dan rasa kurang selera so hari ni pakai baju biasa jer la. Budak budak laingelarkan Adi sebagai "YB" sebab pakai kemeja putih dan bersongkok pulak...aisyeh!!!

Pic: Jalan nak pergi rumah Fazhil....

Destinasi pertama ialah di Kuala Kangsar, wahh tak sangka kali ni rumah pendengar Era iaitu Fazhil terletak dalam kawasan kampung yang di kelilingi oleh hutan, boleh dengar bunyi cengkerik dan bunyi air sungai...sungguh nyaman rumah dia...ketika kitarang sampai , masih dalam pukul 8pg...kira awal jugak la...so Ibu Fazhil cuma sempat buat bubur pulut hitam untuk kami...yeah...walaupun simple..bubur pulut hitamnya memang sedap dan tak berapa manis...ok..3 kali gak la Adi tambah...hehehe....sedap weiii...

Pic: Me at MCKK

Lepas ke rumah pertama, kami singgah ke MCKK Kolej Melayu Kuala Kangsar ...Ini adalah sekolah Rizal...ketika kitarang dok merayau rayau..tetiba si DJ Rizal membuat pengakuan.....pengakuan apa?..korang tgok lah kat video bawah ni yer...siap berjurai jurai airmata dia...alamak!!!



Pic: Kat rumah Liyana di Tasik Damai , Ipoh.

Lepas dah habis drama air mata DJ Rizal..hehehe..kesian dia..kitarang menuju ke Ipoh pulak..dan sempat singgah makan nasi "ganja" yang famous kat Ipoh...Pak Nil la yang beriya iya ajak kitarang gi sana....hahaha....actually nasi ganja ni adalah nasi kandar..cuma katanya kari yang digunakan agak lain sikit dari tempat lain...entah la...bagi Adi sama jer...cekik jer la..:)

Pic: Pekena nasi "ganja"..

Lepas pekena nasi ganja , singgah kejap kat Balai Polis Pekan Baru yang terletak kat sebelah area Nasi Ganja tu...sempat bergambar dengan pegawai polis yang bertugas hari tu...:)

Pic: Kat balai Polis Pekan Baru, Ipoh.

Lepas tu kami bergerak ke rumah yang kedua...iaitu rumah Liyana di Tasik Damai , Ipoh ...makan lagi kita....hehehe...

PicP: kat rumah Amirul...Amirul yang baju hijau tu...

pastu ke rumah Amirul...kat Ipoh gak...kat sini sempat gak Adi naik basikal ..hahaha...lama tak berbasikal wei...Amirul adalah pemenang Riuh Raya Erathon termuda...berusia 15thn kalau tak silap Adi..


Pic: RRE kat Ipoh , Perak

Pic: Dalam kereta , Dina asyik makan biskut bear ni, sampai Adi pun terjebak gak! Hehehe..

Pic*: kat rumah Fatin Atiqah

Lepas tu ke rumah Fatin Atiqah kat Simpang Pulai yang seronok menerima kehadiran kami.





Pic*: Kat Rumah Suraya.

Selepas rumah Fatin Atiqah, kami bergerak ke Selangor pulak...dari Ipoh kami menggunakan jalan dalam sehinggalah ke Alor gajah. Barulah kami keluar ke lebuhraya Utara Selatan. Kami berkunjung ke rumah Suraya dekat Kundang, Selangor...:) Time ni dah pukul 630ptg dah. Sempat juga Adi menonton MotoGP kat sini...hahaha....lepas tu kami singgah solat maghrib berhampiran di Paya Jaras ,

Pic*: Kat rumah Fatin Nabillah

Selepas itu kami bergerak ke Sg Buloh iaitu di rumah Fatin Nabillah...Fatin duduk kat appartment jadi kami kena naik ke atas rumahnya la...hehehe...kat sini jumpa awek cun la..hehehe..tapi sayangnya dia taken la...:P hahaha...

Pic: Paya Jaras

Dan rumah yang terakhir adalah penamat yang terbaik bagi kami...kerana rumah pendengar Era iaitu Norazra cukup meriah dengan sambutan kompang dan penduduk kampung yang datang beramai ramai ke rumahnya...ya ampun macam dalam pesta pulak...happening!!!...terima kasih yer...best best sangat RRE ni!!!

Pic*: Bersama Keluarga Norazra




*foto foto daripada www.era.fm


No comments: