Saturday, August 13, 2011

Latihan penerbangan Simulator FireFly



SABTU 13 OGOS 2011

Yup hari ni Adi dapat peluang untuk bersama sama pendengar ERA yang telah menyertai peraduan Cabaran Penerbangan Simulator FireFly di Era sepanjang minggu ini. 10 org terpilih telah datang ke LEX di Pusat membeli belah Empire , Subang Jaya untuk menjalani latihan simulator penerbangan bagi merebut hadiah tiket penerbangan Firefly percuma untuk setahun!!


5 orang akan mewakili team Adi , dan 5 lagi akan mewakili team Reza...:)

Pic: Mr Hidayat sedang memberi taklimat penerbangan asas.

Masa sampai kat LEX tu yang terletak di tingkat paling atas sekali dalam pusat membeli belah Empire ni , kitarang menghadiri kuliah penerbangan asas yang di sampaikan oleh En Hidayat....penerangan mengambil masa dalam setengah jam jugak la....En Hidayat menunjukkan bahagian bahagian utama yang ada pada pesawat ATR Firefly yang akan kami kendalikan dalam simulator nanti. MMenarik juga bila dapat tahu serba sedikit berkenaan dengan pesawat ni....Adi memang suka menonton rancangan rancangan yang berkaitan dengan pesawat kat saluran Discovery atau kat NGC. ( rancangan tv yang menyiasat kapal terbang terhempas tu).

Pic: Edwin tgh memberi lecturer kepada salah seorang peserta..

Dulu masa kat zaman Uni , kawan Adi ni memang suka dengan simulator ni...sampailah sekarang ni dia berjaya juga menjadi seorang pilot walaupun dulu ambil course lain masa study kat UPM. Hahaha...kalau dah minat, memang sanggup lakukan. nak jadi pilot bukan murah, salah seorang pegawai penerbangan simulator Firefly iaitu Edwin, kalau nak belajar pilot ni kosnya adalah lebih kurang RM220K.....mahal weiii!!!!

Pic: Bersama peserta dan krew yg terlibat dalam cabaran simulator ini.

Edwin telah menunjukkan cara cara yang betul mengendalikan pesawat ATR Firefly ni....oh yer cabaran kami ialah untuk mendaratkan pesawat ATR ini dengan selamat tanpa terhempas...hmmm ...nampak mcm susah...tapi memang susah pun!! hahaha

Pic: Rasa macam main arcade game jer...tapi panik jugak ooo..

Kalau ikut latihan betul sebagai seorang pilot, latihan simulator ini adlaah latihan yang terakhir sekali dan yang paling susah....jadi yang kami ni yang takde basic dalam penerbangan terpaksalah belajar dalam jangka masa 15minit jam penerbangan...hehehe....boleh ker mendarat?!


Alhamdulillah dalam latihan hari ni, 9 orang berjaya mendaratkan pesawat dengan selamat, manakala seorang pelatih telah menyebabkan kerosakkan pada pesawat disebabkan gerakan monuver yang terlalu ekstrim...hehehe....kira crash lah kapal tu...hehehe...


Kita tengoklah esok samada team Adi atau team Reza yang akan menang nanti yer...:)...Laporannya...tunggu!!! Terima kasih kepada FireFly, Syarikat Penerbangan Komuniti Anda. :)


1 comment:

sue perbs.. said...

wah bestnye.. boleh jdi pilot dah ni..