Wednesday, July 13, 2011

The Gunners Challenge KL bersama pemain pemain Arsenal...:)


SELASA 12 JULAI 2011

Hari ni Adi berpeluang mengacarakan majlis bertemu peminat dan sidang akhbar bagi Gunners Challenge KL yang menampilkan 4 orang pemain bolasepak ARSENAL yang Adi minati...Betapa gembiranya hati sebab pihak Nike Malaysia telah memberikan tanggung jawab untuk Adi menemubual barisan pemain Arsenal ini ...


Selain kemunculan pemain pemain Arsenal, majlis hari ni juga telah menjemput lebih 100 pasukan bolasepak dari seluruh negara untuk beraksi dalam permainan street football dan perlu berada lama di dalam gelanggan sampai kalah ( king stay) . Memang ramai sekali yang menyertai acara ini...


Jam 11pagi Adi dah berada di Midvalley Exhibition Centre (MVEC)untuk briefing dan sebagainya. Sebetulnya acara akan bermula jam 2:30ptg..jadi Adi datang awal untuk membuat persediaan yang sepatutnya....Jam 2ptg di luar MVEC dah penuh dengan penyokong penyokong Arsenal yang ingin menatap pemain bolasepak kegemaran mereka dengan lebih dekat. Actually , baru pagi ni pihak Nike mengesahkan barisan pemain yang akan turun ke MVEC ini.


Tepat jam 215ptg. Para pemain Arsenal mulai datang. 4 pemain yang turun pada hari ini iaitu Theo Walcott , Jack Wilshere, Wojciech Szczesny dan juga Alex Song.
Yawwwww....



Ketika melihat ke empat empat bintang Arsenal ni masuk ke dewan dan menuju ke arah Adi yang menantikan mereka , perghhhh perasaan macam nak lompat excited la...hehehe...but maintain cool jer la..hehehe....mereka lengkap berpakaian kit Arsenal yang terbaru....yeahhh...


Rasa berdebar jugak nak tanya soalan soalan kepada mereka ini....semua soalan berkenaan dengan latihan mereka dan juga disebalik tabir pasukan Arsenal...tapi tiada soalan yang berkaitan dengan "politik" kelab..cthnya pasal perpindahan pemain dan lain lain lagi....Nike Malaysia juga telah menjemput 20 kapten bolasepak sekolah masing masing yang berpeluang bertanya soalan soalan kepada bintang bintang Arsenal.


Theo walcott banyak juga tersenyum dan berbisik kepada Adi, sebab Adi berdiri di sebelahnya sahaja...kalau dia tak dengar sangat soalan yang ditanyakan oleh peminat..dia akan tanya balik kat Adi...hehehe...memang friendly giler Walcott ni....Wilshere pulak seorang yang agak serius , Szczesny plak seorang yang cool...dia duduk pun membengkok jer..hahaha....macam budak nakal...manakala Alex Song pulak seorang yang kelakar pada pandangan Adi la dalam sesi sidang media ini.

Selepas 15 minit sesi pun tamat...sempat bersalaman dengan mereka semua...dan Adi pulang ke Astro dengan senyuman puas....puas sebab dapat bertemu dengan Theo Walcott , Jack Wilshere, Wojciech Szczesny dan juga Alex Song.

Satu pengalaman yang takkan Adi lupakan sepanjang hayat! Terima kasih kepada
Nike Malaysia yang memberikan peluang ini kepada Adi....:)