Wednesday, June 29, 2011

Futsal ALUMTEK 2011



AHAD 26 JUN 2011

Hari ni berlangsungnya acara futsal tahunan bekas sekolah Adi (Sekolah Teknik KL) atau lebih dikenali dengan TIKL. Ini kali ke4 acara ini dilakukan, tahun lepas team Adi tak masuk sebab tak cukup ahli. Team Adi ini merupakan wakil batch tahun 1994/1995. Dah 16 tahun dah sejak meninggalkan zaman persekolahan rupanya...hahaha



Pertandingan futsal Alumni Teknik KL (ALUMTEK) ini berlangsung di pusat futsal Triways , kat Padang Jawa Klang, betul betul depan JPJ Padang Jawa.

Pic : Berdiri: Hazel,Apai,Kuyen, Sani, Adi
Duduk: Tom, Faizal,Kelly, Kechik

Dulu masa kat sekolah , Adi jadi salah seorang keeper sekolah, tapi bila lepas sekolah Adi bermain posisi lain iaitu sayap kanan....tapi hari ni , Adi bermain tengah, satu posisi yang agak susah jugak la, sebab kaki Adi ni bukan kuat sangat dah. Takut kena attack jer nanti. So lebih suka jadi tukang feed jer....


Tujuan join tournament ni , hanya untuk suka suka jer, takdelah nak fikir menang sangat pun, memandangkan batch Adi baru pertama kali menyertai futsal tahunan ini. Ada 10 pasukan yang bertanding pada hari ini mewakili batch masing masing la. So kat sini jumpa la senior senior sekolah Adi dan juga junior junior.....walaupun tak kenal satu sama lain, tapi kitarang tetap cam satu family....hehehe

Pic: Terbongkang sebab perut krem...sakit ooo...

Perlawanan peringkat kumpulan , team Adi bertemu dengan juara tahun lalu, alamak nampak macam fit jer diarang, tetapi akhirnya team Adi menang 4-0...wahhh satu permulaan yang baik....

Perlawanan kedua pulak, team Adi seri 0-0 dengan team junior yang juga merangkap naib juara tahun lepas....budak muda..angin banyak la....kitarang ni jugak yang kembang kempis....haha

Manakala perlawanan ke-3 dalam kumpulan, team Adi menewaskan team senior kitarang dengan 3-1....Adi berjaya menjaringkan satu gol kat perlawanan ini....perghhhh...so kiranya team Adi jadi juara kumpulan la....masuk separuh akhir...


Pic: Pasukan kompang berirama TIKL.

Sementara menantikan pusingan separuh akhir, ada persembahan kompang berirama yang dipersembahkan oleh pelajar pelajar TIKL yang menarik dan kreatif..Zaman Adi dulu takde benda benda cam ni, semua kena belajar jer.


Pic: Menarik sekali gerakan kompang berirama ni...


Pic: Perlawanan separuh akhir , Mandrem FC VS United Rovers 9495

Sebelum bermula peringkat separuh akhir, Adi kena krem kat perut...alamak...tak pernah kena sebelum ini...memang sakit sangat sangat....maybe sebab tak sarapan pagi tadi..sampailah acara separuh akhir ni dalam jam 1tgh perut Adi cuma berbekalkan sepotong roti jagung sahaja....memang taubat takkan buat lagi la...jangan biarkan perut kosong ok!!! Sapu minyak kat perut....nasib baik ok sikit, walaupun masih sakit sedikit...

Pic: No9 itu adalah aku..hehe

Perlawanan separuh akhir ni menemukan pasukan Adi dengan pasukan gabungan batch 91/92 dan 92/93 atau nama glamer team diarang "Mandrem FC"...hehehe.....tak tahu la sama ada diarang pakai mandrem atau tak...tapi perlawanan ini berpihak kepada team Adi dengan jaringan 3-1....hehehe..Adi cuma bermain separuh masa kedua sebab perut masih sakit....tapi still maintain..dapat jugak score sebijik.....hehehe


Pic: Perlawanan Akhir Superstar Radjnikhan vs United Rovers ...

Perlawanan akhir menemukan team Adi dengan Junior satu tahun kitarang iaitu batch 95/96 yang turut jadi naib juara untuk 2 tahun sebelum ini. Peringkat kumpulan tadi , kitarang dah seri ....so final ini akan menentukan siapa yang lebih hebat....:)

Perlawanan memang sengit, team lawan mendahului kami dengan gol solo yang cantik..namun tinggal satu minit sebelum masa kesuluruhan tamat...team Adi berjaya menyamakan jaringan...habis waktu, kami seri 1-1.

Pic: Alamak...tak masuk...aishhh...

Makanya tendangan penalti terpaksa dilakukan untuk menentukan kejuaraan. Setiap team kena hantar 3 pemain untuk melakukan penalti...Adi merupakan pemain pertama yang akan membuat sepakan....

Bila dah bersedia, reff pun meniup wisel.....Adi menyepak, namun terkena kaki penjaga gol....alamak..tak gooolllll...agak kecewa jugak....tapi nasib baik......memang nasib baik.....


Pic: Peluang kedua...C'mon Adi...cmon...

Reff telah menyalahkan penjaga gol lawan yang keluar dari posisi lebih awal sebelum Adi menyepak bola, maka reff memberikan sepakan semula untuk Adi ...yeahooooo.....hahaha....so ..kali ini memang takkan sia siakan lah peluang yang kedua...

Reff sedia....

penjaga gol sedia...

Adi dah bersedia.......

reff meniupkan wisel....

Adi menyepak.....

dan GOOOOLLLLLLL!!! Pergh...bersorak team mate bila dapat score satu ...hehehe...


Pic: Yeahhhhh kita menang!!!!

Akhirnya team Adi memenangi pertandingan ini setelah berjaya menewaskan pasukan lawan dengan tendangan penalti 2-0.....hehehe...nampaknya team batch 95/96 masuk 3 tahun dah jadi naib johan sahaja...takper dik...cuba lagi tahun depan...:)

Pic: Ambik hadiah la...hehehe

So team kitarang dapatlah hadiah RM500...hehehe....Alhamdulillah...tak sia sia krem perut!!! Hahaha. Apa apa pun seronok dapat lepak sama kawan kawan sekolah dan meyertai perlawanan futsal...hehehe...Selain daripada itu, kitarang dapat piala kejohanan, piala pusingan dan juga piala iringan.....wahhh

Pic: Pasukan Juara Futsal ALUMTEK 2011


Pic: Juara futsal Alumtek dengan pegawai pertandingan


So dalam kejohanan ini Adi cuma berjaya menjaringkan 3 gol sahaja, kira oklah juga sebab Adi lebih banyak assist untuk team mate jaringkan gol....hehehe..kiranya cam ala ala Fabregas la...hehehe...

Add Image
Pic: Kakak kakak senior ku yang sporting!! :D

Terima kasihlah kat penganjur yang menjayakan aktiviti futsal ALUMTEK ini..InsyaAllah kalau ada lagi tahun depan pasti team Adi akan masuk lagi...memang puas hati tahun ni menang..hehehe...

Pic: Inilah piala yang dimenangi...


Pic: Oh yeahhhhh...

Lepas futsal , dalam pukul 4ptg, barulah dapat makan nasi...ayam penyet kat Shah Alam...Alhamdulillah ....buat sendal perut yang dah masuk angin...:P (Tetap nak letak gambar makanan...hehehe)

Pic: Ayam Penyet..

P/s: Jangan biarkan perut kosong sebelum melakukan apa apa yang berat yer....:P









No comments: