Saturday, May 7, 2011

Kunjungan daripada rakan radio dari Kristal FM Brunei

Khamis 28 April 2011

Hari ni AMP Radio menerima kunjungan daripada rakan radio dari Brunei iaitu Kristal FM. Mereka datang ke KL untuk lawatan sambil belajar. Adi di jemput untuk turut sama makan tengah hari bersama mereka di Astro .




Pic: Me with En Azmi

Kunjungan ini telah di ketuai oleh En Azmi sebagai Pengurus Program Kristal FM dan turut di sertai salah seorang penyampai radionya iaitu Tina, dan juga beberapa org kakitangan Kristal FM. Kristal FM adalah radio yang memainkan lagu lagu Inggeris dan juga Bahasa Melayu...




Pic: Me with Tina ( Announcer Kristal FM)

Adi teruja untuk bersama diarang ni sebab Adi pernah di temubual oleh Kristal FM suatu masa dulu, ketika Adi membuat persembahan dengan Akademi Fantasia 1 di Brunei dulu..malah salah seorang staff Senior Kristal FM time tu telah menghantar pulang Adi ke hotel penginapan dengan kenderaan rasmi mereka ketika itu..iaitu kereta "Smart" yang comel....gempak weii..(Time tu kereta "Smart" tiada lagi di Malaysia).....masa tu juga Kristal FM masih baru juga dan bersiaran daripada sebuah banglo....khabarnya sekarang mereka sudah berpindah ke tempat lain..



Pic: AMP Radio dan Kristal FM bergambar kenangan selepas lunch


Bila dah berjumpa macam ni..kitarang berborak lah tentang industri radio di tempat masing masing..hahaha...banyak juga yang di borakkan..maklumlah kerjaya yang sama....Terima kasih atas kunjungan Kristal FM ke AMP....jumpa lagi ya bah!!!

P/s: Teringin nak jalan jalan ke Brunei lagi....Orang Brunei sopan santun dan comel comel belaka......:)





No comments: