Monday, January 10, 2011

Kaki sakit....

Isnin 10 Jan 2011

Menjelang tahun baru lalu , kaki sebelah kiri Adi agak sakit. Sebabnya sebelah malam Adi main badminton terlalu banyak sangat , sampai rumah tak rasa sakit sangat, tapi bila bangun pagi jer..alamak...rasa macam tak boleh berdiri pulak...terlalu sakit kat tapak kaki....Adi biarkan jer pada mulanya...pergi kerja pun terdengkot dengkot!!...hari demi hari tapi makin lama makin sakit pulak. Mahu tak mahu terpaksalah pergi klinik..Tapi bukan Klinik biasa, sebaliknya Adi telah pergi ke Klinik Sukan di Setapak. Actually klinik ini lebih kepada urutan untuk kecederaan disebabkan oleh bersukan , kemalangan dan lain lain la.. Adi terperasan klinik sebab ada ternampak hari tu dan juga ada kawan yang mencadangkan untuk mendapatkan rawatan kat sini.

1st time Adi pergi, petugas klinik tu cuma urut kaki Adi dalam 5 minit sahaja dan meletakkan ubat herba pada kaki Adi dan dibalut dengan pembalut kaki. Adi terus memakai ubat herba ini selama 12 jam sebelum boleh di buka. Baunya memang agak kuat , tapi cukup mujarab ! Bila ADi bangun pagi keesokkan paginya, kesakitan kaki Adi hampir hilang keseluruhannya...wahhh!!! Setelah 2 hari berlalu, malam ni ADi berkunjung ke Klinik Sukan ni semula, dan malam ni pun kaki Adi di balut semula, sebab ada urat yang masih tak lembut lagi...hahaha....apa pun hopefully lepas ni kaki Adi ok balik la.....dan sekarang ni terpaksalah berpuasa dari futsal dan badminton dalam sebulan ni......aisyehhhh!! Nak buat cam mana?!! Sabor jer la!!







8 comments:

Cik Miza said...

hope adi cepat sembuh..

p/s= benda pertama miza perasan gambar tu, bulu kaki! hehe

ADIFASHLA said...

Alamakkk.....pertimbangan pembaca adalah diperlukan...huhuhu...

cekkeya said...

cepat sembuh adiiii ;)

p/s: alamak, sy pun notice benda yg sama la cik miza. ehehe kena crop nih adi. haha

gadiscomey said...

Adi, Klinik Sukan tu area Setapak kat mana yer. Then nama dier mmg Klinik Sukan ke? I, lately nie pun selalu gak sakit tapak kaki after bersukan. Sakitnya sampai x leh nak jalan.

ADIFASHLA said...

Nama Klinik tu "Oriental" alamatnya No 151, Jln Genting Klang, Setapak. Ia menggunakan ubat herba cina utk perubatannya...kalau pergi malam memang ramai..Buka hanya pada hari Isnin , Selasa, Khamis , Jumaat (12pm - 9pm ) dan (Sabtu 12-7pm)

ADIFASHLA said...

HAhaha, tak yah crop la Cekkeya...manly apa!!! hehehehe

Cik Miza said...

ha ha.. sorry adi, tapi itu lah hakikatnya..

manly ek?? ok lah~~~~

gadiscomey said...

detail nyer ... thanks for the info anyway :)