Wednesday, May 5, 2010


Sabtu 1 Mei 2010

Lepas main futsal dengan kawan kawan sekolah kat Shah Alam..Adi bersiap dengan mandi lengkap semuanya di lokasi padang futsal ... , Adi bergerak ke Stadium National Bukit Jalil dalam pukul 6ptg dengan hujan turun yang agak lebat sekali.

Sampai kat Bukit jalil dalam pukul 7 malam. Time ni rasa tak ramai sangat org yang datang lagi. So memang senang la nak cari parking...walaupun sebenarnya kat sini ada 3 aktiviti lain sedang berlangsung.

Pic:Konsert bermula!!!

Adi kena jadi emcee untuk konsert ini bersama dengan Dina ..yeah...Penat tu memang penat la , tapi nasib baik malam ni sejuk jer..lepas hujan..so takde la rasa penat sangat..

Konsert ni bermula dalam jam 9 malam , tapi kebanyakkan penonton malam ini ialah perempuan, boleh dikatakan 65% adalah peminat wanita..

Mula jer konsert, perghhh bunyi memang sedap..balance la..maklumla UNGU membawa krew dan tech sendiri dari Indonesia. Sebanyak 18 buah lagu di persembahkan oleh mereka...

Ketika pertengahan konsert barula lokasi konsert Ungu ini di penuhi peminat peminat yang khabarnya tersilap stadium, patutnya Konsert Ungu ini berlangsung di Stadium National, bukan Stadium Putra. Apa lagi , mula mereka menari dan menyanyi dengan lagu lagu dari UNGU.

Gimik paling menarik dari UNGU ialah apabila semua ahli kumpulan bertukar posisi asal mereka, cthny Pasha telah bermain Drum, dan tugas menyanyi telah di berikan kepada Onci..hahaha...boleh tahan dasyat la si Pasha main dram...cool...Konsert tamat dalam pukul 1130mlm...

Pic: Adi dan UNGU

Lepas jer konsert Adi bertemu dengan UNGU di bilik persalinan mereka untuk di temubual dalam ERA TV!! Korang boleh tengok siarannya pada hari Khamis ini (6/5) di Astro Ria....Di harapkan kepada peminat UNGU terhibur dengan persembahan mereka.....:)

1 comment:

Edzlin said...

ooh patutlah masa mula2 mcm tak ramai