Thursday, September 10, 2009


Pic: Krew krew ERA TV!
SABTU 29 OGOS 2009

Adi berpeluang untuk bersama-sama ERA TV dan juga Murai.com.my mengunjungi rumah anak yatim Nur Hikmah di Taman Mesra Kajang ...bersahur dengan adik adik kita. Selalunya majlis berbuka kita lakukan..tapi usaha yang di lakukan oleh pihak MURAI memang lah murni dan lain dari yang lain. Adi pun teruja nak bersama adik adik kita...kalau ikutkan memang penat seharian sebelum tu kerja...tapi bila nampakmuka muka adik adik kita ni..terus bersemangat..

Pic: Artis artis yang turut serta


Pic: Qoud sedang menunjukkan menu yang ada..yum..yum..

Acara bermula jam 12 tengah malam sehinggalah jam 3 pagi. Program ini juga telah di hadiri oleh artis-artis seperti Alyah, Riz, Adila, Qhaud, Obri dan Chaq Mentor.Adi cuma cover untuk ERA TV pagi itu.

Actually bebudak ni tak tahu pun tentang kehadiran kami..dan bila semuanya dah tersedia baru lah kitarang gerakkan adik adik ni bangun untuk bersahur..hahaha..ada yang terkejut..malah ada yang tak percaya ..bila celik mata diarang lihat ramai orang yang berada di dalam asrama atau pun rumah mereka. Hahaha...comel sungguh.

Pic: Lepas pakai baju..sempat lagi sambung tido..


Asrama lelaki dan asrama perempuan berada dalam kawasan yang lain, terpisah antara jarak 50 meter antara asrama lelaki dan perempuan..kami kejutkan adik adik perempuan dulu..sebelum kami kejutkan adik adik lelaki pula..


Pic: Antara adik adik comel kita..

Kesian pulak bila tengok diarang ni di ganggu tidurnya..maklumlah diarang selalu sahur dalam pukul 5 pagi..tapi hari ni kena sahur dalam pukul 1 pagi...

Pic: Makan dik, sahur ni..jgn segan segan..


Adajuga yang sambung tidur bila dah di kejutkan ..hehehe...tak biasa la tu...

Tanpa berlengah - lengah lagi kami jemput mereka makan...


Lepas makan, ada acara bermain permainan ringkas dengan adik adik kita bersama artis artis jemutan...dan mereka juga menang hadiah..Selepas beberapa lama kemudian..adik adik ni bersama samamenyanyikan lagu raya untuk kami..dengar cerita diarang dah berlatih..jadi ..nyanyilah lagu raya jam 2pagi..hahahaha...selain daripada hadiah..mereka juga dapat duit raya daripada pihak MURAI....

Im so happy bila dapat berjumpa adik adik kita yang kurang bernasib baik ini..sekurang kurangnya mereka pun seronok dapat berjumpa kami..hahaha...dan kalau ada masa dan kelapangan, Adi tak kisah untuk join sahur bersama adik adik kita ini...Kalau korang nak menghukurkan bantuan..bolehlah datang terus ke rumah Nur Hikmah ini...kerana mereka amat memerlukan sumbangan dan perhatian daripada kita semua...

Semoga mereka pun akan berbahagia di hari raya nanti!!! AMINNN!!!!!

4 comments:

n_nana said...

ooo.mereka ini anak yatimker?sedih gak tgk.sume kecik lagi.comel plak 2.mdh2an mereka gembira.

Rusma Gadis Ungu said...

HAI ABG ADI!!!!
first of all tahniahlah kpd murai.com n Era tv coz menganjurkan program bersama anak2 yatim. bila melihat adik2 ni, sayu lagi tersentuh hati,mereka perlukan perhatian dari kita yang bertuah ni.
teruskan usahamu!CAYALAH!

ADIFASHLA said...

Ingat lah pada yang memerlukan..:)

Aety Hassan said...

dah keluar kat astro kan? rasanya sempat tengok abang interview alya. apa2 pun, sentiasa bersyukur dgn apa yg ada & kongsikan bersama mereka yg memerlukan

a.d.i.o.s