Tuesday, April 7, 2009

Malam Penghargaan Perodua

Jumaat 3 April 2009

Pic: Me and Nana !! hehehe

Hari ni Adi dan Nana sama -sama mengendalikan Malam Penghargaan Perodua , ini kali ke-3 Adi mengendalikannya bersama Nana, Sebelum ni di buat di One World Hotel ,Damansara, lepas tu di Penang , dan kali ni kembali ke KL..di sebabkan Perodua Sales mempunyai banyak cawangan, maka mereka terpaksa buat 4 kali Malam Penghargaan. Yang kat Kuching Adi tak dapat buat sebab tengah radio survey!

Pic: Dewan makan!!

Malam tu ada Dayang Nurfaezah dan juga Faizal Tahir membuat persembahan! Tak sempat nak ambik gambar Faizal Tahir sebab Adi tengah makan time dia buat persembahan. Faizal Tahir muncul dengan imej baru berambut pendek dan persembahan dia di iringi oleh live band!!

Pic: Pentas Utama.


Pic: Dayang Nurfaezah dari restrum

Terima kasih kepada Kak Sue dan pihak Perodua Sales yang menjemput Adi dan Nana untuk memeriahkan majlis makan Malam Perodua...Lepas ni kitarang akan teruskan projek seterus kami iaitu...KONSERT JELAJAH ERA bersama Perodua!!!Tungguuuuuuu!!!!

1 comment:

Edzlin said...

wahh!!! dah nak start konsert jelajah era?? yippee....kalo buat antara april hingga julai leh saya tgk, tgh cuti time tu