Tuesday, September 23, 2008

AKU NAK HIDUP PERCUMA DI ERA BERSAMA SHELL

AHAD 21 SEPT 2008

Pic: Pentas untuk para peserta akhir beraksi!

Hari ni Adi pulang ke KL dari kampung kerana ada pusingan akhir untuk "Aku Nak Hidup Percuma di ERA" yang berlangsung di The Mall Kuala Lumpur.

Pic: "Island" atau replika mesin pam minyak yang akan mencari frekuensi 103.3FM

Upacara bermula jam 2.00 ptg, Tetapi di sebabkan hujan lebat, maka acara bermula jam 2.30pm. Masa Adi dah sampai semua dah ada..kira Adi terlambat sikit la..hehehe..masa Adi sampai hujan tak turun lagi...cuma dah start mendung la..hehee..macam biasa..bila semua dah ada maka bermula la sesi penerangan oleh Pak Tam tentang agenda hari ini...tapi sebelum tu..bergambar la dulu yer...

Pic: Ambik ambar dulu..barulah kerja.
( Dari Kiri:Rizal, Pak Tam, Nana, Adi, dan Ray)


Pic: Pose terseksi dari kami


Pic: Shah Rukh "Adi" Khan dan juga Salman "Kieran" Khan.


Pic: Goodie bags yang di sediakan untuk para peserta akhir.


Pic: Para peserta yang bersedia mendaftarkan diri.

Jam 2-30ptg kami dah bersedia, para peserta pun dah sedia, maka kitarang pun mulakan upacara. Nana dan Kieran ambil tempat dulu sebagai pembukaan. Tanpa banyak bicara mereka berdua bermula dengan 30 perserta yangpertama, jumlah keseluruhan peserta ialah 87 orang.

Pic: Peserta "Aku Nak Hidup Percuma@Era" berdebar menanti.

Pic: Tuan tuan dan Puan-puan..kita mulakan sekarang!

Macam mana nak cari pemenang?..senang sahaja..kami ada sebuah replika pam minyak Shell , di mana kat replika pam minyak tu ada 4 digit yang sentiasa berdetik dengan laju dan terdapat sebuah panel yang ada 4 butang yang mewakili setiap satu digit yang ada kat replika pam minyak itu. Jadi para peserta di khendaki menekan butang itu dan pastikan digit itu berhenti dan digit-digit itu mestilah menunujukkan nombor 103.3..mewakili frekuensi ERA di lembah kelang. Hehehe..ini memerlukan skill dan juga sedikit tuah!

Pic: En Mustaza merupakan peserta pertama yang dapat berhenti pada 103.3


Selepas Kieran dan Nana mengadili 30 peserta yang pertama, nampaknya masih belum ada yang berjaya berhenti pada nilai 103.3, Adi dan Ray meneruskan acara dengan 30 peserta seterusnya. Dan Alhamdulillah semasa sesi Adi dan Ray ni, terdapat 3 orang peserta lelaki yang berjaya mendapat nilai 103.3 . Perghhh mestilah perasaan mereka teruja. Syarat menyatakan kalau sesiapa yang mendapat nilai yang tepat akan menjadi juara, tetapi jika ada lebih dari satu peserta yang berjaya mendapat nilai 103.3 itu..maka pusingan penentuan terpaksa di lakukan dengan para peserta yang berjaya tadi akan menekan butang sekali lagi...hehehe

Pic: Lat Ta Li Lat, Laili Tam Lung...hahaha..dah tua -tua pun tetap main Lat Ta Li Lat!

Untuk memulakan kembali pencarian Juara untuk "Aku Nak Hidup Percuma" , Maka kami terpakas bermula semula dengan buat undian secara "tradisional"...hehehe...dan En Mustaza telah memulakan cabaran, disertai 2 peserta yang kemudian. huhuhu.

Pic: En Mustaza menang!!!

Dengan penuh yakin dan tenang, En Mustaza memulakan cabaran dengan penuh bergaya apabila sekali lagi dia berjaya mendapatkan nilai 103.3 berturut...wow..kitarang macam terkejut giler bila ke upayaan En Mustaza mendapatkan nilai itu dalam jangka masa tepat 10 saat! Cayalah. Manakala 2 peserta lagi gagal untuk mengulangi kehebatan mereka dalam pusingan awal tadi....maka dengan ini, pemenang mutlaknya ialah En Mustaza dengan RM60 000 masuk ke poketnya..cayalah!!!!

Pic: Pakcik Kayoooo!!!!


Pic: Upacara penyampaian hadiah


Pic: Ambil berkat..mana tahu satu hari nanti Adi lak dapat Rm60 000! hehehe

4 comments:

Fizah said...

Best nye jadi en.Mustaza ni kan..
setahun hidup cool jer.. :)

faRah said...

hahaha frust time ni..

ADIFASHLA said...

Takpe Farah , takde rezeki awak..mungkin rezeki awak kat tempat lain..:)

faRah said...

hehehe abg adi...taw takper..