Wednesday, August 27, 2008

Siapa nak pergi ke CAMP ROCK!!

Seperti yang Adi janjikan, Adi berjaya juga mendapatkan pass untuk menyaksikan tayangan eksklusif Disney's CAMP ROCK yang akan berlangsung pada

Tarikh : 6 September 2008 (Sabtu)

Masa: 3ptg - 6ptg!

Tempat : GSC PAVILION, KL

Terdapat juga permainan dan hadiah eksklusif CAMP ROCK bakal menjadi milik anda.

Ok setiap pemegang/pemenang pass ke Tayangan Eksklusif CAMP ROCK ini juga boleh mambawa 3 lagi ahli keluarga/rakan untuk turut serta ke tayangan ini! Jadi satu pass adalah untuk 4 orang termasuk anda!

Disebabkan pass adalah terhad, Adi akan pilih berdasarkan siapa cepat dia dapat dan yang betul betul nak datang ke tayangan ini , di sebabkan tempat memang betul-betul terhad.
Filem ini akan di tayangkan dalam 2 versi iaitu versi English dan Bahasa Melayu...Korang boleh pilih.

Jadi sesiapa yang berminat emailkan butir peribadi anda, nama penuh, IC No. dan juga nombor untuk dihubungi...emailkan kepada Adi di

-fashla@yahoo.com atau ke
-adi@era.fm

Kemudian pemenang tersebut akan di hubungi menerusi email oleh pihak Disney dan korang kena print email tu untuk di tukarkan dengan pass pass untuk tayangan eksklusif filem CAMP ROCK ini..Goodiebag akan di berikan apabila korang mendaftar nanti di kaunter pendaftaran pada hari tersebut!!

ok ..hantar email sekarang dan bersama Adi, Farah, Amylea, Syawal dan juga Rizz untuk CAMP ROCK!!!. Jumpa kat sana!!!

No comments: